Korang mesti penah main game Counter Strike kan.Dulu time aku sekolah rendah game ni memang famous.Balik-balik sekolah mesti lepak CC main game ni sampai malam.Satu group jadi Counter Terrorist satu group lagi jadi Terrorist.Jom kita berkenalan dengan sorang watak terrorist dalam game ni. Hazwan: Ni sebenarnya adik bongsu aku berusia 7 tahun


Baca Entri Sepenuhnya

  • Kita mempunyai modem internet tercanggih dan termahal tetapi masih menunggu lama untuk melihat gambar di blog rakan sedikit demi sedikit
  • Iklan telekomunikasi yang gempak di televisyen tetapi di kawasan kita masih berlaku gangguan liputan
  • Had laju di lebuh raya ialah 110 km/j tetapi kenderaan yang mempunyai had laju melebihi 110 km/j masih dijual
  • Laluan motosikal disediakan tetapi masih ramai penunggang motosikal melalui lebuhraya utama
  • Kemalangan di jalan raya masih meningkat walaupun pelbagai kempen dilaksanakan
  • oleh kerajaan
  • Masih ramai yang membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Membuang Sampah Di Sini'.
  • Masih berebut-rebut menaiki bas walaupun terpampang di pintu bas tersebut 'Sila Beratur'.
  • Masih ramai yang merokok di kawasan larangan merokok
  • Jualan rokok semakin laris walaupun harga rokok dinaikkan dan pelbagai kempen dilaksanakan
  • Lebih ramai orang memakai jersi pasukan kelab luar negara berbanding kelab-kelab tempatan
  • Lebih ramai orang mengenali pemain bola luar negara berbanding pemain tempatan
  • Perlu membayar 20 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor
  • Masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'


  • Hazwan: Masih ramai yang tak silent fon dalam wayang walaupun orang lain dah menyumpah-nyumpah dalam hati.Siapa ada fakta lagi?boleh tambah di ruangan komen


Baca Entri Sepenuhnya

Kempen Tak Nak Merokok Yang Kreatif.Sempena harga rokok yang bakal naik 1 Januari 2010, aku terjumpa satu gambar yang agak menarik dan sinis. Jom kita tengok...

Korang rasa ada maksud tersirat tak berdasarkan gambar ni?

Hazwan:mulut pada gambar tu rasanya salur air untuk ke longkang....


Baca Entri Sepenuhnya

Beberapa hari lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirai dan kita akan melangkah ke tahun baru 2010.Semestinya pelbagai kenangan pahit manis yang kita lalui pada tahun ini menambahkan lagi pengalaman hidup kita.So, pada entri kali ini aku akan berkongsi sedikit kenangan paling manis aku pada tahun 2009.Kenangan manis tersebut ialah berjaya terpilih masuk ke dalam team bola fakulti sedangkan aku baru berada dalam part 2. Bak kata orang masih junior lagi.Dibawah ni merupakan antara gambar-gambar kenangan yang berjaya disnap.




Barisan Pemain dan Coach

Sedikit Info: FKK FC ialah merupakan pasukan bola sepak Fakulti Kejuruteraan Kimia Uitm atau lebih dikenali sebagai FKK COUGARS.Mula ditubuhkan pada awal 2009 untuk menyertai Piala Timbalan Naib Chanselor Uitm.

Kejayaan:Naib Johan Piala Timbalan Naib Chansellor Uitm.Tewas kepada staf Pusat Sukan Uitm dengan jaringan 0-1.

Statistik Perlawanan

Peringkat Kumpulan FKK vs Borneo FC (Menang 4-0)
FKK vs Non Resident (Seri 0-0)
FKK vs Fakulti Seni Bina,Perancangan dan Ukur(FSPU) (Menang 1-0)

Quarter Final
FKK vs MC United(Mechanical Engineering) (Menang 2-0)

Semi Final
FKK vs Civil Engineering (Menang 2-1)

Final
FKK vs Pusat Sukan Uitm (Kalah 0-1)

Perlawanan Persahabatan
FKK vs Proton (Kalah 4-0)
FKK vs Malaysia under 17 (Kalah 3-0)

Para Penyokong yang banyak memberikan sokongan


Sesi bergambar bersama Timbalan Dekan Fakulti


Banner di fakulti


Aku: gugup bila tengok penonton ramai sangat time final.


Baca Entri Sepenuhnya

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Sumber:Forum Carigold


Baca Entri Sepenuhnya

Futsal Oh Futsal

Friday, December 25, 2009

Saat entri ni ditulis.Aku baru lepas pulang dari bermain futsal lebih kurang 2 jam setengah di Sport Prima JB.Gila penat dan kaki aku rasa macam nak tercabut.Main bola full time pun baru 90 minit.Sebenarnya boleh main lama lagi tapi disebabkan kepenatan melampau dan pengumpulan asid laktik yang banyak dalam badan,aku dengan member-member aku keluar dengan sendiri walaupun pemilik court futsal tu belum menutup lampu.Sebenarnya book untuk 2 jam saja, maybe dapat free 1 jam kot.Lagipun dah tak ada orang lain lepas tu.Bercerita tentang futsal korang tau dari mana asal nya permainan ni?Teruskan membaca entri ni.



Sebenarnya berdasarkan research aku di google, sejarah futsal ni ade bermacam-macam versi.Kebanyakan yang aku jumpa mengatakan nama futsal berasal dari perkataan portugis futebol de salão dan juga sepanyol fútbol sala yang membawa maksud bola sepak dewan.Nama futebol de salão dan sewaktu dengannya telah ditukar secara rasmi kepada futsal pada tahun 1985 dan diguna pakai di seluruh dunia.

Sejarah futsal dikatakan berasal dari Monteviedo,Uruguay yang diasaskan oleh Juan Carlos Ceriani yang menganjurkan pertandingan untuk Persatuan Pemuda Kristian.Pendapat lain mengatakan futsal berasal dari Sau Paulo,Brazil yang terkenal dengan bola sepak jalanan atau street soccer.

Permainan ini semakin meluas di Amerika Selatan dan satu badan ditubuhkan iaitu FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada 1971 beserta kejohanan FIFUSA pertama di Sau Paulo,Brazil dan tuan rumah berjaya menjadi juara.Semakin banyak negara menyertai kejohanan dunia di Madrid pada tahun 1985.Disebabkan campur tangan FIFA ke atas FIFUSA, nama FIFUSA ditukarkan kepada futsal dan kekal sehingga hari ini

Aku: asal nama futsal dari perkataan portugis, tapi kenapa portugis tak perkenalkan futsal time menjajah tanah melayu dulu.......


Baca Entri Sepenuhnya

Tolong Aku

Thursday, December 24, 2009

Salam semua.Tolong kawan-kawan.Aku bab pilih memilih ni memang fail.Apa kata korang tolong aku boleh kan?2 jenis kasut futsal ni dalam pemerhatian dan menarik minat aku.Harga pun lebih kurang sama saja.Pada pendapat korang, yang mana lagi cantik?




Nike CTR




Adidas Sala


Sementara korang semua memberi pendapat, aku nak pegi main futsal dulu.Malam ni pakai kasut dekat bawah ni saja.


Baca Entri Sepenuhnya

Entri kali ni ialah berkaitan ulam-ulaman.Boleh dikatakan aku ni peminat juga makan ulam-ulam macam ni lagi-lagi dengan sambal belacan yang pedas.Memang menaikkan selera punyalah.Ulam-ulaman ni memang terkenal dalam masyarakat Melayu sejak dulu lagi dan terkenal dengan pelbagai khasiat selain digunakan dalam bidang perubatan.

Menurut Wikipedia Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.

Aku akan berkongsi top 3 ulam kegemaran aku sebabnya ulam-ulam ni yang aku selalu jumpa dan makan.


1.Petai.Memang sedap dimakan mentah atau pun dimasak sambal tumis ikan bilis dan sebagainya.Rasa pahit-pahit kelat dan bau yang kuat.Pokok petai hutan ada dekat kebun bapak aku di Kota Tinggi tapi selalunya buahnya selalu hilang sebab dicuri.Aku rasa penah dapat makan sekali saja petai dari kebun bapak aku.


2.Ulam raja.Dimakan mentah-mentah bersama sambal belacan.Kadang-kadang dijadikan kerabu oleh sesetengah orang.Rasanya pahit.Ulam raja ni dekat belakang umah atuk aku banyak.Tak terhabis nak makan sebab tumbuh meliar.


3-Pegaga. Cara makan pegaga ni lebih kurang ulam raja dan rasa pun dekat-dekat sama. Pegaga ni boleh didapati depan umah aku dekat atas tanah.Kalau nak makan kena pegi kutip.Pastikan tak kutip rumput sekali nanti tak pasal-pasal termakan rumput pulak.

Selain tiga ulam ni, banyak lagi ulam-ulam lain contohnya kacang botol, jering, pucuk betik, pucuk paku, pucuk ubi dan sebagainya.

Aku:orang-orang muda sekarang jarang makan ulam.adik-adik aku yang kecik sayur pun tak makan. puas dah mak aku suruh...


Baca Entri Sepenuhnya

Aku baru terjumpa kat youtube.Member aku dah upload rupanya.Ini hasil kerja group aku.Kitorang buat malam sehari sebelum submit sebab minggu tu banyak sangat test.So, kitorang terpaksa pospon proses shooting untuk video ni.Start shooting lepas test dalam kol 11 sampai 2 pagi.Then edit video sampai tengah hari keesokan harinya.Petang dah kena submit kat ustazah.Disebabkan video ni dibuat ni dalam masa yang singkat, so paham-paham saja kualiti dia.Tapi sekurang-kurangnya aku berjaya dapat A+ untuk subjek ni walaupun buat video yang mengarut macam ni.Alhamdullilah....sapa-sapa yang rajin tengoklah video 7 minit ni dan jangan lupa bagi komen membina.


P/S: 3 post ari ni...satu peningkatan...huhu


Baca Entri Sepenuhnya

Istilah 'If You Fail To Plan,You Plan To Fail' memang sudah aku dengar sejak aku bangku sekolah lagi.Memang tak dapat dinafikan perancangan amat penting dalam kehidupan kita tak kira student, bisnesman dan golongan apa sekalipun.So,apa yang kaitan istilah ni dengan hidup aku.Tahun 2009 merupakan satu 'Failure' dalam hidup aku.Nak tau kenapa?Teruskan membaca entri ni.

Awal tahun 2009 merupakan sem kedua aku dalam course Chemical Engineering di Uitm dan harapan aku untuk sem tersebut ialah untuk meneruskan anugerah dekan yang aku peroleh pada sem pertama.Namun pada sem tersebut aku cuma berjaya memperoleh 2.84.Satu penurunan yang mendadak dan ini kali pertama aku dapat bawah 3.5.Dulu selama 5 tahun aku study kat Mrsm dan time Asasi pun aku dapat 3.5 and above.Masuk sem ketiga pada pertengahan tahun 2009 dengan azam baru mahu menaikkan pointer aku.Malangnya result aku sem lepas cuma 2.74.Semakin menurun dan menurun.


Setelah melakukan sedikit muhasabah diri.sememangnya istilah 'If You Fail To Plan,You Plan To Fail' kena tepat kat aku.Aku rasa tahun ni merupakan tahun yang paling serabut disebabkan aku gagal merancang dengan baik.Aku perlu bahagikan antara study, bola dan juga part time bisnes.Study jangan cakap la, subjek-subjek memang susah dan core. Lepas tu bola pulak, semenjak bergelar pemain bola sepak fakulti ni memang tak terlepas dari training. Lagi-lagi fakulti aku join Liga Uitm Piala Timbalan Naib Chansellor. Part time bisnes ni aku rasa tak ada mempengaruhi sangat sebab aku taklah serius macam sesetengah orang lain. So tahun depan aku memerlukan sebuah:

Semoga tahun depan lebih sistematik untuk aku.

Mutiara kata untuk entri kali ni

Planning is an unnatural process; it is much more fun to do something. The nicest thing about not planning is that failure comes as a complete surprise, rather than being preceded by a period of worry and depression. - Sir John Harvey-Jones


Baca Entri Sepenuhnya

Pemain Terbaik Dunia

Wednesday, December 23, 2009

Lionel Messi telah dinobatkan sebagai 'FIFA World Player of the Year' menjadikan beliau pemain pertama dari Argentina yang memenangi anugerah tersebut.Messi yang berusia 22 tahun telah memenangi 4 kejuaraan besar tahun ini iaitu La Liga, Copa del Rey, Champions League dan yang paling terbaru sekali World Club Club.Messi memenangi undian dengan jumlah 1073 mata mengatasi pemenang tahun lepas Cristiano Ronaldo(352) dan rakan sepasukan Xavi(196 mata) hasil undian jurulatih dan kapten 147 buah negara.Beliau menerima trofi daripada Presiden Fifa, Sepp Blatter di Zurich.

Sedikit fakta mengenai Lionel Messi
  1. Lahir di Rosario,Santa Fe pada 24 Jun 1987
  2. Menyertai Barcelona seawal usia 13 tahun pada tahun 2000
  3. Debut bersama pasukan senior Barcelona pada umur 16 tahun pada Nov 2003 menentang Porto dalam perlawanan persahabatan
  4. Membantu Argentina memenangi World Youth Championship pada tahun 2005
  5. Debut bersama pasukan kebangsaan Argentina dalam perlawanana persahabatan menentang Hungary pada Ogos 2005
Gol terbaik Messi pada pendapat aku adalah seperti di bawah ala-ala gol Maradona masa World Cup 1986.


Baca Entri Sepenuhnya

Beberapa minggu yang lepas aku menerima sepucuk surat dari Google. Nak tau surat apa? Cuba korang teka.Surat saman?Sebenarnya surat tu mengandungi number pin untuk akaun adsense aku. Pin ni boleh di request setelah earning dalam akaun adsense kita mencecah 10 USD dan mengambil masa kira-kira 3-4 minggu untuk sampai di peti surat rumah kita. Malaysia dengan Usa tu bukan dekat kan.Ada jugak member-member aku yang masih menunggu ketibaan pin mereka di rumah sedangkan earning dah nak jejak 100 USD dan yang sedang menunggu untuk cashout pun ada. Tapi selagi number pin tu tak sampai selagi tu la tak boleh cashout kita punya earning.

Sebelum aku terlupa, Google Adsense ni merupakan satu program pengiklanan yang dimiliki oleh company Google.Konsep Google Adsense ni lebih kurang program Nuffnang iaitu dengan memaparkan iklan advertiser di blog atau website kita sama ada dalam bentuk teks atau imej.Ada macam-macam jenis adsense ni antaranya adsense for search, adsense for content, dan adsense for domain.Syarat nak apply akaun google adsense ni mestilah mempunyai blog atau web berbahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang Google support sebab aku pernah terjumpa satu blog yang ada iklan Google tapi dalam bahasa Arab. Earning yang kita perolehi daripada adsense ni ialah berdasarkan pay per click atau pay per impression.Minimum cashout untuk adsense ni ialah 100 USD dan boleh pilih sama ada nak dibayar pakai cek ataupun guna Western Union.Sebenarnya aku ni just newbie lagi dalam Google Adsense ni.Belum pernah dapat payment lagi. Masih banyak yang perlu aku belajar terutama nya dalam menaikkan trafic ke blog adsense aku.Istilah-istilah whitehat, greyhat dan blackhat memang dah menjadi asam garam dalam dunia penggiat-penggiat adsense.So misi aku sekarang ialah untuk mencukupkan 100 USD dalam akaun adsense aku untuk mendapatkan payment pertama.Insyaallah.

Jumlah dalam akaun adsense aku setakat post ini ditulis


Baca Entri Sepenuhnya

GengBlogger.Com ni merupakan satu portal komuniti bloggers untuk memudahkan mereka menambah kenalan disamping menaikkan trafik di web atau blog masing-masing.Kelebihan utama yang dapat aku rasakan di GengBlogger.Com ni kita dapat ping kan post setiap kali kita update blog atau website dan post yang di'ping'kan tu akan berada di muka depan web GengBlogger.Pada masa yang sama, bloggers lain berminat dengan post tu akan klik link dan secara automatik akan dibawa ke blog atau website kita.Simple bukan.So apa yang perlu kita lakukan ialah just buat post atau artikel dengan tajuk yang catchy dan menarik.
Sebenarnya entri ini untuk pertandingan cipta tagline GengBlogger.Com.Semenjak dua menjak tak ada kerja nak buat ni rajin pulak aku join contest-comtest ni.Lagipun ramai bloggers yang buat contest-contest best sempena akhir tahun 2009 ni.Manalah tau boleh menang hadiah kan.Untuk join komuniti GengBlogger.Com ni klik sini. Then lepas join, bolehla korang join contest ni dan mencari traffic sebanyak mungkin.Semoga Berjaya.


Baca Entri Sepenuhnya

Sedang aku ber'blogwalking' tiba-tiba terjumpa satu contest yang agak menarik iaitu Black and White Photo Contest di sebuah blog iaitu TheCameraJunkie.Disebabkan kebosanan yang melampau aku pun terjoin contest ni.

Gambar yang aku pertaruhkan dalam contest ni adalah seperti di bawah.Agak-agak boleh menang tak?Sesiapa yang nak join lagi pun masih berpeluang.Tarikh tutup contest ni 25 Disember 2009.


Baca Entri Sepenuhnya

Sedang aku berjalan-jalan menjelajah alam cyber ni, tiba-tiba aku terjumpa satu aplikasi yang agak menarik dan kelakar.Aplikasi ni bernama Turn Your Name Into Face.Rasanya pernah terjumpa aplikasi ni dekat Facebook.Aplikasi ini untuk seronok-seronok saja ok.Tak ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia


Apa yang korang perlukan ialah masukkan nama dalam ruangan 'your name', tak kesahla nama pendek ke nama panjang atau nama samaran kemudian klik 'into a face'.Di bawah ni merupakan antara gambar-gambar wajah yang berjaya dihasilkan daripada nama-nama aku bermula dengan 'Hazwan', 'Mohd Hazwan' dan akhir sekali nama penuh 'Mohd Hazwan b Hamidon. Jom try di sini
http://turnyournameintoaface.com/


Baca Entri Sepenuhnya

Malaysia Cemerlang

Saturday, December 19, 2009

Sukan Sea ke-25 di Laos telah menutup tirai semalam dengan pelbagai kenangan manis untuk kontinjen Malaysia lebih-lebih lagi berjaya merangkul pingat emas dalam bola sepak selepas 20 tahun.Selain itu, kontijen Malaysia juga berjaya mengatasi sasaran pingat emas oleh Majlis Sukan Negara(MSN).Pencapaian yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia.Secara keseluruhannya Malaysia berjaya memperoleh 40 pingat emas, 40 pingat perak dan 59 gangsa untuk berada di tempat keempat di belakang Thailand(86-83-97), Vietnam (83-75-57) dan Indonesia (43-53-74).



Malaysia berjaya memperoleh emas terbanyak dalam sukan akuatik dengan 9 emas dari acara renang dan 6 dari acara terjun.Selain itu, kutipan emas ialah hasil acara olahraga dengan 6 emas, karate 6 emas, silat 4 emas, wushu 3 emas, badminton 2 emas, tinju 2 emas manakala memanah, taekwondo dan bola sepak masing-masing satu emas.Tahniah kontinjen Malaysia.Jumpa lagi di Sukan Sea ke-26 yang akan berlangsung dua tahun lagi di Indonesia


Baca Entri Sepenuhnya

Penantian aku berhari-hari menunggu domain Hazwan.Com aktif berakhir malam tadi.Setelah berkali-kali menghantar emel kepada admin penyelia hosting, masalah domain ni berjaya diselesaikan.Terima kasih Admin, saudara WanMus.Domain ni dibeli dengan harga RM35 daripada salah satu penyelia domain tempatan JomHosting.Net. Sebelum tu, kepada yang tak tau apa itu domain.Domain ialah nama sesebuah web.Contohnya Yahoo.Com, Facebook.Com, Carigold.Com dan lain-lain.Nama domain ni unik dan berbeza antara semua web dalam alam maya ni.Kelebihan ada domain sendiri pada pandangan aku dapat memudahkan orang ramai mengingat nama blog korang yang panjang-panjang tu.Mula-mula aku nak beli MohdHazwan.Com tapi disebabkan domain ini telah dibeli oleh lain terpaksalah aku mencari nama lain untuk blog aku ni.Disebabkan nama domain Hazwan.Com ni masih available, cepat-cepat aku beli.Lepas ni boleh la aku aktif semula menaip catatan harian dalam blog ni.Rajin-rajin la melawat dan tinggalkan komen kat blog ni ok...
Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia.Sempena tahun baru ini, marilah kita berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.Aku teringat salah satu hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud 'Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka'.Renung-renungkan dan selamat beramal. Azam aku tahun ni? Selesaikan azam-azam tahun lepas yang banyak tertangguh..:)


Baca Entri Sepenuhnya

Related Posts with Thumbnails