Entri kali ni ialah berkaitan ulam-ulaman.Boleh dikatakan aku ni peminat juga makan ulam-ulam macam ni lagi-lagi dengan sambal belacan yang pedas.Memang menaikkan selera punyalah.Ulam-ulaman ni memang terkenal dalam masyarakat Melayu sejak dulu lagi dan terkenal dengan pelbagai khasiat selain digunakan dalam bidang perubatan.
Menurut Wikipedia Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.
Menurut Wikipedia Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.
Aku akan berkongsi top 3 ulam kegemaran aku sebabnya ulam-ulam ni yang aku selalu jumpa dan makan.
1.Petai.Memang sedap dimakan mentah atau pun dimasak sambal tumis ikan bilis dan sebagainya.Rasa pahit-pahit kelat dan bau yang kuat.Pokok petai hutan ada dekat kebun bapak aku di Kota Tinggi tapi selalunya buahnya selalu hilang sebab dicuri.Aku rasa penah dapat makan sekali saja petai dari kebun bapak aku.
2.Ulam raja.Dimakan mentah-mentah bersama sambal belacan.Kadang-kadang dijadikan kerabu oleh sesetengah orang.Rasanya pahit.Ulam raja ni dekat belakang umah atuk aku banyak.Tak terhabis nak makan sebab tumbuh meliar.
3-Pegaga. Cara makan pegaga ni lebih kurang ulam raja dan rasa pun dekat-dekat sama.
Pegaga ni boleh didapati depan umah aku dekat atas tanah.Kalau nak makan kena pegi kutip.Pastikan tak kutip rumput sekali nanti tak pasal-pasal termakan rumput pulak.
Selain tiga ulam ni, banyak lagi ulam-ulam lain contohnya kacang botol, jering, pucuk betik, pucuk paku, pucuk ubi dan sebagainya.
Aku:orang-orang muda sekarang jarang makan ulam.adik-adik aku yang kecik sayur pun tak makan. puas dah mak aku suruh...




24 comments:
huhu..xmakan ulam
adeh...3-3 xsuke makan. lagi2 petaiii
aidi-safuan and sue
ulam2 la sedap....
bagus utk kesihatan dan awet muda...
alamak.. x tertelan la.. tapi kalo wat sambal tumis petai sure2 makan punye.. kalo ulam gtu je x la hehe
waaaa... ulam raja n pegag fav sumi.. makan nasi ngan ulam saja pun xpe.. dah kira sedap tu.. tambah smbal belacan.. tangkap leleh laaaa...
waaaah..suma tu aku sukaaaa......nyam222...awet mudeeerr..kehkehkeh
ieqa-mentah2 br kaw2 org kate.....klu wat sambal dah x rase sgt die punye kelat tu.....
sumi-mmg sedap kan.....
rama2ungu-btol la awet muda....
umo aku sbenar 40 hahaha
aku pon suka ulam!! tapi kat umah nie aku n parents aku je yang mkn ulam. rugi tol diorg nie. :p
bestnya kalau dpt ada pokok ulam sendiri.. my fav ulam: pegaga, ulam raja & kacang botol. entah kenapa jering & petai tak boleh masuk tekak hehehe
Rhapsody Lin-sama la kita...adik beradik aku semua x makan ulam
aurikelsan-senang je nk tanam pegaga dgn ulamraja ni..letak je kat tanah confirm membiak
nice post :)
MKN JGK KDG2
PENGARUH KAWAN2
LAU KAT UMAH GERENTI XMKN
chocolatte-thanks...
amirah-teringat kat mrsm dulu..ade member bawak petai..setiap kali waktu makan..bawak petai pegi dewan makan
hahha...tu dulu time kat pontian bnyk ar wan..ko x reti plak nk petik kan..
aku tak makan ulam ...huhuhu
aiman-takkan nk pegi petik kang ape pulak org laen cakap.....
touyakaruma-kne try sekali...br rase nikmatnya
ulam..em sdap2
etty-mmg sedap...sehingga menjilat jari hehe
orang tua selalu komplen, anak muda skg payah sgt nak makan ulam2...
belia muda-betul tu....kadang nama sayur pn x kenal..apatah lg nama ulam
hehe, awt muda la nie..
aku suka makan pegaga, tp skrg dh tersuka kacang botol plak..sedap btol...
beedle d' bard-awet muda la..umo 20 tapi muka mcm 12
Post a Comment